Homestay An-Nur, Paka

SPG 7:50 PG 0


LOKASI 
  • 5 minit ke Kawasan Perindustrian Kerteh (Petronas, TNB, YTL, Optimal, PolyEthelene etc)
  • 12 minit ke bandar Kerteh
  • 20 minit ke Mesra Mall
  • 17 minit ke Politeknik Dungun
  • 25 minit ke UITM Dungun



An-Nur Homestay Paka
Jalan Duku, 23100 Paka. Terengganu. Malaysia
Contact
Hj Ariffin 019-9393534
Hjh Nor Shamsiah 019-9178476


FASILITI
  • Ruang letak kereta yg selesa
  • Porch berbumbung utk kereta
  • Bilik 1 : Katil Kelamin + almari baju + kipas syiling + aircond + bilik air
  • Bilik 2 : Katil Kelamin + almari baju + kipas syiling + aircond
  • Bilik 3 : Katil Bujang + kipas syiling 
  • Ruang Tamu : TV dilengkapi sofa dan perabot + kipas siling
  • Ruang Dapur : Peti ais, Meja makan





KADAR SEWAAN
  • RM150 sehari
  • Harga special untuk 3 malam ke atas (boleh dirunding)


Paka Dalam Kenangan

SPG 3:24 PG 0

Beberapa foto kenangan buat tatapan dan ingatan warga Paka. Setiap darinya mempunyai cerita dan kenangan tersendiri bagi yang melaluinya.


Surat Khabar

Paka dan kenangan...


Keropok Lekor

Kadang2 terintai2 jugok ke pok cik ni:)
Posted by Paka Indah on Tuesday, June 16, 2015

Lembu dan Pengguna Jalanraya

SPG 12:36 PTG 0

Saban bulan dan tahun kita terdengar berita kemalangan dan kematian melibatkan pengguna jalanraya dan binatang ternakan. Fenomena kemalangan melibatkan binatang ternakan seolah-olah menjadi lumrah dan seakan dianggap normal. Apa pun, banyak kematian, kecederraan, penderitaan dan kerugian masa serta wang ringgit terjadi akibat sikap tidak prihatin sebahagian penternak lembu.

Jika kerugian makan tanaman orang hukumnya terpaksa dibayar oleh empunya ternakan atau tuan tanaman menghalalkannya. Jikamenyebabkan kematian, bagaimana cara nak membayarnya agar kita tenang menemui Yang Maha Esa nanti. 


Hukum Biarkan Lembu Berkeliaran (Ustaz Azhar Idrus)


Sejarah Ringkas Negeri Terengganu Darul Iman

Sejarah Ringkas Negeri Terengganu Darul Iman

SPG 9:31 PG 0


Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu (1881 - 1918).
PENAFIAN : Artikel ini adalah untuk tujuan tatapan dan pembelajaran umum kutipan daripada Wikipedia Saya sengaja membiarkan artikel ini dalam keadaan asal, tidak mengedit atau membuang link/pautan (rujukan) supaya turut dapat digunakan oleh para pembaca budiman.

Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.
"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusiatinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.
Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.
Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam ShahJohor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang(Raja Perempuan Mas Cayam), Raja Pattani.
Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.
Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam diTanjung BaruKuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (17461760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orangBugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.
Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.
Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.
Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (18761881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (19181920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).

Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah sekarang.
Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.
Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kesultanan Terengganu

  • 1708-1733Sultan Zainal Abidin Ibni Tun Habib Abdul Majid
  • 1733-1794Sultan Mansur I
  • 1794–1808: Sultan Zainal Abidin Shah II, Putera Sultan Mansur I
  • 1808–1830: Sultan Ahmad Muazzam Shah I, Putera Sultan Zainal II
  • 1830: Sultan Abdul Rahman Shah, Putera Sultan Zainal II
  • 1830–1831: Sultan Daud, Putera Sultan Ahmad I
  • 1831–1837: Sultan Mansur Riayat Shah II, Putera Sultan Zainal II
  • 1837–1839: Sultan Muhammad Muazzam Shah I, Putera Sultan Mansur II
  • 1839–1876: Baginda Omar
  • 1876–1881: Sultan Ahmad Muazzam Shah II
  • 1881–1918: Sultan Zainal Abidin Shah III, putera Sultan Ahmad II
  • 1918–1920: Sultan Muhammad Muazzam Shah II, Putera Sultan Zainal III
  • 1920–1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
  • 1942-1945: Sultan Ali, putera Sultan Sulaiman
  • 1945-1979: Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Putera Sultan Zainal III
  • 1979-1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
  • 1998-2024: Sultan Mizan Zainal Abidin
Rujukan : Wikipedia

Restoran Nasi Kukus Paka

SPG 1:58 PTG 0

Restoran Nasi Kukus Paka mungkin menjadi pelopor perniagaan nasi kukus terutama di Terengganu. Restoran ini membuka cawangan pertama di Pusat Niaga Paka. Cawangan ke-2 ialah di Mydin Mall Kuala Terengganu dan cawangan ke-3 di kampung Cacar Paka.

Restoran Nasi Kukus Paka 1 : Cawangan Paka

Restoran Nasi Kukus Paka 2 : Mydin Mall Kuala Terengganu

Restoran Nasi Kukus Paka 3 : Cawangan Paka



Pasar Mini Aduka Paka

SPG 1:53 PTG 0


Pasar Mini Aduka terletak di pusat bandar Paka. Kedai ini menjual pelbagai barangan runcit dan terutama keperluan harian. Selain dari itu pasar mini ini berfungsi sebagai pemborong kepada sebahagian kedai-kedai runcit di Paka.

Pasar Mini Aduka telah beroperasi sejak tahun 1960an di tapak Balai Polis Paka sebelum beralih ke premis baru sekarang.


Address    : No.1398, Jalan Besar, 23100 Paka, Terengganu, Malaysia
Phone       : 09-827 1619

Paka Tayar Servis

SPG 6:42 PG 1

Paka Tayar Servis terletak di Jalan Besar Paka bersebelahan dengan Simpang Santong. Kedai ini adalah kedai tayar terawal di Paka dan dimiliki oleh anak tempatan Paka, iaitu En. Ma Peng Lam atau lebih dikenali sebagai John. Sempena panggilan John kedai ini juga kadang-kadang dipanggil Kedai Tayar John.

Selain daripada melakukan servis biasa kedai tayar kedai ini terkenal dengan 'servis alignment tayar terbaik di Paka'. Ramai 'kaki lumba' menggunakan servis beliau. Kedai ini juga adalah authorised dealer bagi tayar jenama Falken

Perkhidmatan di Paka Tayar Servis
  • Alignment
  • Ballancing
  • Tukar tayar
  • Tampung tayar
  • Jual tayar baru dan secondhand
  • Servis tayar kenderaan berat

INFO PAKA TAYAR SERVIS
  • Alamat  : 404-A,Kampung Cacar Paka, 23100 Dungun, Terengganu
  • Tel         : 09-8273066
  • HP         : 019-9841029 (Mr. John)






KUSZAI ENTERPRISE - Dealer U Mobile Di Paka

SPG 10:20 PTG 0

KUSZAI ENTERPRISE - Dealer U Mobile Di Paka. Kebanyakan kita tentu tidak asing dengan kedai telefon ini. Kuszai Enterprise adalah satu-satunya Authorise Dealer bagi Syarikat Telekomunikasi U Mobile bagi Paka, Ketengah Jaya dan sekitarnya. Perkhidmatan di sini cekap, mesra dan ceria, menjadi pilihan utama penduduk Paka.

Perkhidmatan yang dikendalikan di sini meliputi:-

  • Jualan prepaid U Mobile, Celcom, Digi dsb
  • Bayar bil U Mobile dan lain-lain
  • Register postpaid, broadband dan lain-lain
  • Menjual telefon bimbit dan aksesori.
  • Membaikpulih telefon bimbit.

Suasana dalam premis, lengkap dengan aircond


KUSZAI ENTERPRISE
Dealer Address    : L 155, LOT 2401, JLN BESAR, KG CACAR 23100 PAKA TERENGGANU
Contact                   : +6098272090, +601111259266, +60139639090
Operating hours  : 9.00 am - 10.00pm
Dealer Latitude      : 4.64
Dealer Longitude   : 103.44





Coolblog Paka

SPG 2:15 PTG 0

Coolblog Paka. Mungkin anda pernah dengar nama Coolblog. Coolblog adalah kiosk seperti francais, bertemakan warna pink dan terdapat di seluruh negara, terutama di bandar-bandar dan gedung membeli-belah. Pelbagai jenis menu ada disediakan. 

Coolblog ni seperti ice blended. Kita buat pilihan sendiri berdasarkan citarasa kita. Jika nak top up dengan pearl atau jelly beritahu semasa order. Sedikit tambahan harga dikenakan.

Penyediaan minuman sangat bersih dan kemas. Jelly atau pearl akan dimasukkan terlebih dahuluke dalam bekas, di blend kemudian diseal. Bekasnya istimewa kerana tak mudah tumpah.

Antara perisa yang banyak tarik perhatian pembeli

  • Ice blended pink guava.
  • Ice blended honeydew
  • Ice blended chocolate
  • Ice blended blue coral
  • Volcano Milk Tea
  • Oreo Smoothies blog
  • Strawberry Yogurt with Grass jelly
  • Cendol blog
  • ABC blog



INFO COOLBLOG PAKA


Coolblog Shoplot Paka 
Alamat: 15104 Jalan Besar, Kg Cacar, 23100 Paka, Terengganu.
Open : 10.00 a.m - 10.00p.m
(Pada bulan puasa -  4.00p.m hingga 10.00pm)













  • Pelor Lokasi Memancing di Paka

    SPG 8:58 PG 0
    Pelor nama tempat yang selalu disebut-sebut oleh kaki-kaki pancing di Terengganu, sebuah tempat 
    memancing yang indah dan menarik yang terletak di kawasan Kampung Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu, mempunyai keunikan tempatnya yang tersendiri selain sungainya mempunyai spesis-spesis ikan yang menarik, lokasi ini juga mempunyai keindahan yang mengagumkan sesuai benar untuk membawa keluarga pergi berkelah selain memancing.

    Terletak di Kampung Tebing Tembah di antara bandar Paka dengan Kampung Pinang Merah dan perlu menyusuri jalan kampung yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah sehingga bertemu dengan jalan mati yang berhampiran dengan sungai, selepas itu menyusuri pula jalan seterusnya yang berbatu dan berpasir sehingga ke hujung jalan tersebut, terdapat pula sungai pemisah, diseberang sungai itulah lokasinya.

    Lebih menarik jika ada bot sendiri bertujuan menyeberangi sungai untuk menuju ke Pelor di mana tempat ini sangat cantik dan menarik dengan penuh didiami batu-batu besar dan kecil yang mana menjadi tempat kegemaran siakap merah bermain dan banyak lagi spesis-spesis ikan menarik yang bermain di sini seperti siakap putih, kerapu, repuh, pari, sembilan, senangin, kurau dan lain-lain.





    Artikel dan sebahagian gambar ilham Siakappaka

    Sungai Paka dan Sejarah Perkembangan Penduduk

    SPG 5:17 PG 6

    Paka pada awalnya hanyalah sebuah pekan lama yang kecil, dengan jumlah penduduk cuma beberapa ribu orang. Kampung-kampung pula cuma terdapat tak sampai 100 keluarga. Saya masih ingat pada zaman kanak-kanak ,solat Jumaat di masjid-masjid kampung selain kuala Paka kena bilang orang dulu. Cukup tak 40 orang. Penduduk dan pembangunan Paka bertmbah secara mendadak bermula kira-kira tahun 1985 dengan pembukaan industri petroleum di sempadan Paka-Kerteh.

    Seingat saya sekitar tahun 70an jalanraya begitu lengang, dalam 10 minit sekali baru ada kenderaan lalu. Kalau berbasikal (kenderaan utama masa itu) dari Air Hitam ke Paka kita cuma dapat melihat sedikit rumah-rumah di Kg. Nyiur, Wakaf Hijau (Pinang Merah), Tebing Tembah (selepas simpang SK Tebing Tembah ke jambatan Paka tiada rumah) dan di Kuala Paka (selepas area Pusat Niaga Paka ke Kerteh tiada rumah). Nama popular di Paka ketika itu Panggung Wayang Pok Man, Klinik Paka (Pusat Kesihatan) di Pantai Paka, Kedai Aduka di tapak balai polis Paka sekarang, Balai Polis Paka menghadap ke jalan raya, pasar, kedai Pok Gi, kedai Cina Kemaman, kedai Mokhtar bersebelahan pasar lama (Hj. Mokhtar Paka) dsb.




    SUNGAI PAKA

    Sungai Paka adalah sungai ke-2 terbesar dan terpanjang di daerah Dungun, selepas Sungai Dungun. Kalau Sungai Dungun bermula dari Banjaran Pantai Timur iaitu di Pasir Raja, Sungai Paka pula hulunya di Hulu Kongsi. Perkembangan penduduk Paka peringkat awal memang dipengaruhi oleh sungai, di mana penduduk membina petempatan di sepanjang sungai


    Mungkin generasi muda kurang biasa dengan Hulu Kongsi. Mengikut informasi yang saya dapat daripada orang-orang lama di Paka, Hulu Kongsi terletak di Durian Mas sekarang. Dahulunya Hulu Kongsi dikenali sebagai tempat perlombongan bijih timah. Ia didiami oleh penduduk asal kebanyakan yang berpangkal nama 'Che Wan'. Kemudian didatangi oleh para pelombong pendatang Cina dan sebahagian orang Melayu dari sekitar Paka.



    PENDUDUK AWAL

    Kuala Paka pada mulanya didiami oleh orang-orang Melayu yang mata pencariannya menangkap ikan. Kampung-kampung lama di Paka ialah Kuala Paka, Tebing Tembah, Pinang Merah dan Kampung Nyiur. Setelah itu muncul pula petempatan yang lebih baru kerana penduduk mencari kawasan tambahan terutama untuk disesuaikan dengan pilihan kerja seharian iaitu pertanian - Kg. Santong dan Kg. Durian Mentangau (dulu dikenali sebagai 'Kawasan').

    Mengikut sumber penempatan kaum Cina di Kuala Paka bermula dengan peniaga-peniaga dari China (Hokkien). Mereka mendiami kawasan kuala dan berniaga di situ generasi demi generasi. Generasi lama Melayu memberitahu mereka bersifat lembut, peramah dan ber'asimilisasi' dengan baik dengan masyarakat Melayu. Mereka tahu selok-belok adat istiadat Melayu, pandai bercakap loghat tempatan (kalau tutup muka kita tak tahu Cina atau Melayu), tahu dan gemar membaca surat khabar jawi malah ada yang 'bersunat'. Cuma yang tidak ditinggalkan ialah cara berpakaian.

    " Catatan yang paling sempurna telah ditulis oleh Wang Tayuan dalam dua naskah bukunya bernama "Dau Yi Zhi Lue" (Catatan Tentang Pulau-Pulau Lama) dan "Dau Yi Zhi"  (Catatan Tambahan Tentang Pulau-Pulau Luar). Pada ketika itu, Wang Tayuan adalah seorang pemuda yang minat mengembara. Beliau telah dua kali pergi keluar Negara selama 18 tahun, dan dia mencatat banyak perkara yang dilihat sepanjang perjalanannya. Negara-negara yang dilawati ialah Semenanjung Melayu, Filipina, Borneo, Jawa, Sumatera, India, Parsi, Laut Merah dan Afrika Timur. Negara-negara yang dia jelajahi pada masa itu adalah lebih daripada 220 buah negara. Antaranya Wu-Zi-Ba (Melaka), Tamalin (Tembeling), Peng-Heng (Pahang), Ci-Lan-Tan (Kelantan), Ting-Jia-Lu (Terengganu), Fo-Lo-Ann (Kuala Berang), Pai-Jia (Paka) dan lain-lain." SUMBER

    "Orang Hailam Cina yang berhijrah ke sini semenjak 180 tahun dahulu dan bertempat di Dungun, Paka, Kerteh, Kemasik, Kemaman, Jabor, Marang, Batu Rakit, Merang, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh begitu juga dengan Cina Hokkien, Kanton, Hakka, Tie Chius yang lebih awal menerokai tanah berhampiran kawasan sungai untuk menanam pokok getah di seluruh Negeri dari Utara hingga Selatan sepanjang 240 kilometer.
    Dari segi perlombongan, semenjak awal abad ke - 19, Kaum Cina mengambil bahagian sebagai pemborong kepada pengusaha Inggeris. Ramai pekerja Cina yang mahir dalam perlombongan dan membuka lombong Bijih Timah di Kampung Kongsi di Ulu Paka, Bukit Bandi, Pasir Semut, Kampung Dadong, Kampung Sungai Kuah di Kawasan Hulu Sungai Kemaman."
     SUMBER

    Di Kg. Tebing Tembah pula terkenal dengan orang-orang 'Rengit', iaitu orang-orang Melayu yang mendiami kampung lama Tebing Tembah berhadapan dengan pekan Kuala Paka. Nama Rengit mungkin diambil daripada perbukitan berdekatan dimana sebahagian mereka bercucuk tanam.


    PEKERJAAN

    Dari segi kegiatan ekonomi (pekerjaan penduduk) pekerjaan utama peringkat awal adalah nelayan dan petani. Pertanian utama yang dijalankan ketika itu ialah getah dan padi (padi huma). Di kawasan yang agak rendah bermula dari Tebing Tembah hingga ke Durian Mentangau terdapat banyak padi huma ditanam dan boleh dilihat sepanjang jalan raya. Demikian juga Santong mempunyai kawasan tanaman padi yang luas.

    Bermula dari sekitar Tunas Manja sekarang hingga ke penghujung kawasan loji minyak dekat Kerteh pula terdapat ladang kelapa yang dikatakan terbesar ketika itu, kepunyaan orang Inggeris. Sebab itulah kalau kita perhatikan sepanjang perjalanan tu ada saki baki pokok kelapa. Nama ladangnya ialah Ladang Nyior Matel. Ejaan sebenar 'Matel" saya tak pasti kerana hanya cerita mulut orang tua.

    Sekitar tahun-tahun 1960 variasi pekerjaan penduduk bertambah dengan pembukaan kilang-kilang papan di Tebing Tembah dan di Kg. Cacar (di seberang masjid Hadhari sekarang). Di tapak janakuasa elektrik TNB dibina sebuah kilang memproses kayu mega dengan kerjasama syarikat Australia dan kerajaan (tak pasti negeri atau persekutuan) dengan nama Austasia Timber. Kilang ini memproses kayu untuk dieksport ke negara-negara sejuk terutama Australia. Kayu-kayu dari kilang-kilang kayu dibawa ke sini untuk dikukus (kiln) dan dikumal (mould). Selain itu lebih awal ramai penduduk Paka berkerja di lombong bijih besi di Bukit Besi.



    Sekian untuk kali ini, akan bersambung - 
    Ps - Sekadar berkongsi pengalaman. Kalau ada komen, pembetulan atau tambahan rujukan daripada generasi lama sila komen di bawah untuk perkongsian kita bersama. Penulis juga amat berharap kepada sesiapa yang masih menyimpan gambar-gambar lama sekitar Paka untuk dikongsikan demi memperbanyakkan khazanah sejarah Paka kita.


    Rujukan
    • Allahyarham Ayah Ngah Dayang
    • Ayah Su Jusoh (Pinang Merah)
    • Allahyarham Ayah Ngah Limbong


    CRC - Community And Recreation Club Paka

    SPG 9:05 PG 0

    Jika kita melalui sepanjang jalan pantai Paka pada waktu petang terutamanya kita pasti akan terlihat aktiviti menunggang kenderaan ATV. Berbagai peringkat orang yang datang mencuba daripada pelbagai usia, jantina dan kaum.

    Menunggang ATV adalah sebahagian daripada aktiviti CRC Paka. Apa CRC ye?


    CRC TRG ATAU COMMUNITY AND RECREATION CLUB ATAU NAMA PENUHNYA IALAH KELAB KOMUNITI DAN REKREASI TERENGGANU, TELAH DIASASKAN OLEH SAUDARA AFANDI BIN HJ. MOHAMED. 
    MISI penubuhan CRC adalah untuk menjadikan komuniti kepolisian dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum dan tidak mengira pangkat ataupun kedudukan demi menjadikan masyarakat ceria dan bebas dari gejala sosial dan dadah.
    TUJUAN CRC ditubuhkan adalah untuk memastikan kerja-kerja yang terlibat dengan komuniti setempat, negeri Terengganu amnya dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan teratur berdasarkan keperluan dan akta yang diperuntukkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  ( Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan - Peraturan Pertubuhan 1984 )
    CRC PAKA adalah cawangan daripada CRC TERENGGANU. Kelab ini mempunyai ramai sekali ahli, terutama daripada Paka. CRC PAKA menjalan pelbagai aktiviti seperti:

    Kepada orang ramai:
    • Sewaan ATV
    • Sewaan bot
    • Kerja-kerja amal

    Kepada ahli pula terdapat:
    Jom kita lihat info CRC Terengganu dalam bentuk galeri.


    GALERI CRC














    Steamboat Seri - Pantai Paka

    SPG 7:39 PTG 0
    Steamboat Seri - Pantai Paka. Jika anda ke hujung jalan pantai Paka menghala ke Kerteh iaitu bersebelahan Chalet Gelombang Pantai kita akan terjumpa sebuah gerai menjual steamboat. Gerai ini dimiliki dan diurus oleh Pn. Seri Herdawati, 

    Semasa berkunjung ke gerai beliau saya dapati ramai pelanggan di situ, ada yang berhenti dengan kereta dan ada yang datang selepas berjalan-jalan di pantai. Jangan lupa kalau ingin makan steamboat yang sedap dapatkan daripada Pn. Seri Herdawati di "hujung Pantai Paka".




    Ini dia..pelbagai jenis steamboat disediakan untuk dinikmati oleh pengunjung.


     
     Chalet Gelombang Pantai di sebelah lokasi niaga Pn. Seri

    Pemandangan Pantai di hadapan premis. 
    Ramai yang menikmati angin petang di sini