Warung Nasi Lomak NS, Paka

SPG 5:57 PTG

Warung ini mungkin restoran makanan pagi yang paling terkenal di Paka. Terletak di Jalan Pipit tidak jauh dari persimpangan lampu isyarat Taman Uda. Pelbagai juadah disediakan mengikiut citarasa atau cara masakan seluruh Malaysia. Sesuai namanya tentulah makanan utamanya adalah nasi lemak. Sambal bilisnya memang pure NS dan jarang ditemui sambal sedemikian di negeri Terengganu. Jika anda tak bernasib baik kena beratur panjang satu line..kemudian line akan pecah dua kerana line kiri untuk makan d kedai dan line kanan untuk tapaw.

Restoran ini menyediakan pelbagai juadah sarapan pagi dan makanan tengahari, dibuka seawal jam 7.00 pagi hingga 10,00 malam. Nak datang sini boleh cek lokasi di bawah.

  














Artikel Terkait

Previous
Next Post »