Warung Selera Benteng Kg. Nyiur- Sup Belut

SPG 10:34 PTG

Warung Selera Benteng juga dikenali orang tempatan sebagai 'Kedai Makan Pok Aziz'. Sesuai namanya, restoran ini terletak di kawasan yang dipanggil 'benteng' di tebing sungai Paka di Kampung Nyiur (tepatnya dipanggil Seberang Alor) kira-kira 7km perjalanan dari Paka ke Dungun.

Selain pelanggan orang tempatan, restoran ini juga mendapat kunjungan ramai daripada staf-staf syarikat minyak di Kerteh. Lokasinya menenangkan jiwa kerana di tepi sungai. 

Menu istimewa di Warung Selera Benteng, Paka ialah seperti pari bakar, talapia, patin, siakap dan lain-lain yang boleh diorder dalam pelbagai menu masakan Thai. Selain itu nasi ayam dan paling special ialah sup belut. Pok Aziz juga menerima tempahan ikan bakar untuk majlis-majlis.



 Simple - Nasi dan Sup Belut





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan