Memaparkan catatan dengan label Hotel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hotel. Papar semua catatan

Hotel Dalyla Inn Paka

SPG 6:17 PTG 2
Hotel Dalyla Inn, Paka terletak di Jalan Besar Paka. Hotel ini agak kemas dan berada di lokasi yang sangat strategik - 3 minit ke pusat pekan Paka dan 16 km ke Kerteh.

Hotel ini mempunyai bilik-bilik dan lobby yang cantik dan kemas, Ia dikelilingi oleh kedai-kedai makanan panas (termasuk Restoran Baeriyani di sebelahnya), jarak berjalan kaki ke pantai Paka menjadikan hotel ini pilihan yang sesuai jika anda ke Paka.

Kadar sewa pula cukup berpatutan dan ekonomi :
  • Bilik katil queen RM90 
  • Bilik 2 katil supersingle RM120

Info Hotel Dalyla Inn Paka
  • No. Telefon hotel   : 09-8270855
  • Kedudukan GPS     : 4.622242, 103.441879
  • Facebook                 : DALYLA INN
  • Kemudahan             : Wifi, Astro, Peti sejuk



GALERI














The Qamar Paka

SPG 7:38 PTG 0

The Qamar Paka adalah sebuah hotel 4 star yang terletak di tepi pantai Kampung Cacar. Hotel ini mempunyai kolam renang dan kawasan pantai persendirian. Hotel ini menawarkan pemandangan indah Laut China Selatan, restoran serta bilik-bilik yang mempunyai anjung balkoni peribadi. Nama lama hotel ini ialah Resident Resort Paka.

Bilik-bilik direkabentuk dengan tingkatp yang besar untuk pencahayaan yang baik mempunyai kemudahan termasuk kabel TV, minibar dan tea/coffee maker. Shower juga disediakan dibilik mandi peribadinya. Pilihan bilik adalah Deluxe Room, Chalet dan Executice Suite.

Pengunjung boleh juga bekaraoke dan menjalani aktiviti di fitness centre. Sebagai pilihan hotel juga menawarkan trip harian ke Air Terjun Chemerong di Hulu Dungun.

Gelombang Café menyediakan pelbagai makanan tempatan dan barat.

Perjalanan ke The Qamar, Paka Terengganu dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud mengambil masa 1 jam 30 minit memandu, manakala jarak dari pekan Kereh dan Kerteh Airport cuma 14km. Parking adalah percuma.



THE QAMAR PAKA, TERENGGANU
Lot 473, Kampong Cacar,23100 Paka, Terengganu
Website : TheQamar.Com
Reservations :
     Tel No : +09-8273366
     Fax No : +09-8273388