Memaparkan catatan dengan label Restoran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Restoran. Papar semua catatan

Restoran Nasi Kukus Paka

SPG 1:58 PTG 0

Restoran Nasi Kukus Paka mungkin menjadi pelopor perniagaan nasi kukus terutama di Terengganu. Restoran ini membuka cawangan pertama di Pusat Niaga Paka. Cawangan ke-2 ialah di Mydin Mall Kuala Terengganu dan cawangan ke-3 di kampung Cacar Paka.

Restoran Nasi Kukus Paka 1 : Cawangan Paka

Restoran Nasi Kukus Paka 2 : Mydin Mall Kuala Terengganu

Restoran Nasi Kukus Paka 3 : Cawangan Paka



Pok Mat KT Restoran Paka

SPG 6:31 PTG 0


Pok Mat KT Restoran terletak di Jalan Besar Paka. Pemiliknya En. Ahmad dan Pn. Norhayati adalah bekas pengusaha kantin tersohor di Paka dan Dungun. Ini memandangkan banyak jabatan kerajaan, syarikat swasta dan orang perseorangan memberi kepercayaan kepada beliau menyediakan makanan katering untuk pelbagai majlis di sekitar Dungun dan Paka, walaupun untuk ribuan tetamu.

Komen pelanggan 1...
Masuk aje dalam, betul sangkaan Lin, menu tengahari dah siap sedia semua terhidang, kali ni Lin cuba nak makan nasi kerabu, tapi cuma ada color biru saje, owang kata ada macam-macam color kan? ye ke?..ermm tengok aje dah sedap, cuma Lin amik setA, set simple takde berlauk sebabnya Lin nak makan lauk ikan patin tempoyak dengan sotong bakar rempah..hehehehe memang mengancam sedap giler, ternaik kening aku waktu makan..hahahha
Kowang apalagi, sapa-sapa yang dok area Paka ni, jom ar pi serang 'Pok mat KT'..memang berbaloi..sangat berpatutan harganya..:)
Komen pelanggan 2..
Kawasan kedai bersih, (mebi sbb kedai baru), selesa, kipas banyak, lampu cantik2....bila masuk, ada banyak makanan sarapan orang terengganu ie nasi kerabu, nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak, lontong....sbb tak tau layan diri @ hidang, aku duk congok kat area buffet tu tapi akak tu mcm tak layan aku...so aku p duduk kat meja..dalam 5 minit, ada sorang akak lagi ambik order air, so kami tanya makanan ambik sendiri ke...akak ni agak peramah...dia cakap 'kami ada banyak makanan, kalau nak ambik sendiri dan pilih pun senang...tapi kalau dah set nak makan apa, akak boleh ambikkan'...heheheh aku suka betul akak yang flexible cam tu....

INFO POK MAT KT RESTORAN

Alamat            :
No. Telefon    :
Perkhidmatan :










Warung Nasi Lomak NS, Paka

SPG 5:57 PTG 0

Warung ini mungkin restoran makanan pagi yang paling terkenal di Paka. Terletak di Jalan Pipit tidak jauh dari persimpangan lampu isyarat Taman Uda. Pelbagai juadah disediakan mengikiut citarasa atau cara masakan seluruh Malaysia. Sesuai namanya tentulah makanan utamanya adalah nasi lemak. Sambal bilisnya memang pure NS dan jarang ditemui sambal sedemikian di negeri Terengganu. Jika anda tak bernasib baik kena beratur panjang satu line..kemudian line akan pecah dua kerana line kiri untuk makan d kedai dan line kanan untuk tapaw.

Restoran ini menyediakan pelbagai juadah sarapan pagi dan makanan tengahari, dibuka seawal jam 7.00 pagi hingga 10,00 malam. Nak datang sini boleh cek lokasi di bawah.

  














Warung Pok Napiah

SPG 5:06 PTG 0


Warung Pok Napiah adalah warung kecil terletak di sebelah Pusat Kesihatan Besar Paka. Warung ini telah wujud di sini sejak puluhan tahun yang lalu, tetapi akibat pembangunan yang pesat warung ini kini cuma berada di bawah kanopi.

Apa yang istimewa warung ni? Tentulah makanannya iaitu 'nasi lemak Solah'. Nasi lemak ni selalunya belum jam 10 pagi dah habis. Pelanggannya pula ialah penduduk sekitar, kakitangan pusat kesihatan hinggalah kepada para profesional seperti peguam, guru, kontraktor serta peminat 'dam aji'.


Warung Selera Benteng Kg. Nyiur- Sup Belut

SPG 10:34 PTG 1

Warung Selera Benteng juga dikenali orang tempatan sebagai 'Kedai Makan Pok Aziz'. Sesuai namanya, restoran ini terletak di kawasan yang dipanggil 'benteng' di tebing sungai Paka di Kampung Nyiur (tepatnya dipanggil Seberang Alor) kira-kira 7km perjalanan dari Paka ke Dungun.

Selain pelanggan orang tempatan, restoran ini juga mendapat kunjungan ramai daripada staf-staf syarikat minyak di Kerteh. Lokasinya menenangkan jiwa kerana di tepi sungai. 

Menu istimewa di Warung Selera Benteng, Paka ialah seperti pari bakar, talapia, patin, siakap dan lain-lain yang boleh diorder dalam pelbagai menu masakan Thai. Selain itu nasi ayam dan paling special ialah sup belut. Pok Aziz juga menerima tempahan ikan bakar untuk majlis-majlis.



 Simple - Nasi dan Sup Belut





Restoran Satay Baung Paka

SPG 9:27 PTG 0
Jika anda berhasrat untuk makan satay di Paka, bagi saya tempatnya ialah Restoran Satay Baung Paka. Restoran ini terletak berhadapan dengan Stesen Minyak Petron, Paka. Pada mulanya saya sekadar mencuba, tak sangka pula rasanya amat memuaskan.

Walaupun restoran ini kecil dan tidak mewah apa yang saya perhatikan pelanggannya yang 'tapau' cukup ramai. Menunya ialah satay ayam dan lembu serta minuman. Apa yang menarik selain keseda[annya, sataynya bersaiz besar, ala-ala satay kajang.



TEMPAHAN HARI RAYA 2015
SATAY AYAM DAN DAGING SAHAJA


HARGA:
100cucuk mentah bersama kuah kacang - RM65.00
100cucuk siap bakar bersama kuah kacang - RM70.00
100cucuk mentah tiada kuah - RM60.00
Nasi Impit 1 ketul - RM3.00

LOKASI KEDAI:
PAKA - Jalan Besar Kampung Cacar, bersebelahan Hap Thong Motor, berhadapan stesen minyak Petron Paka
DUNGUN - Restoran Cengkih, Belakang Bank CIMB Dungun

HUBUNGI:
Kak Yah - 013-9040213
Kak long - 013-3874419
Chik - 014-5279385
Tempahan awal amat dialu-alukan
Sekian, terima kasih