Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

SMK Seri Paka, Paka, Terengganu

SPG 6:38 PTG 0


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka atau nama ringkasnya SMK Seri Paka, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Paka, Paka, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka memiliki 390 pelajar lelaki dan 297 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 687 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.


INFO
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka
Paka, Paka, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon : 6098274978
Fax : 6098272933
Laman Web : http://smk-seripaka.blogspot.comFB Page : Sekolah-Menengah-Kebangsaan-Seri-Paka

Visi      : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi     : Membangun Potensi Individi Melalui Pendidikan Berkualiti
Moto   : Bervisi dan Bertaqwa

LENCANA SEKOLAH



LAGU SEKOLAH

Smk seri paka sekolah kami
menjadi destinasi pilihan hati
berilmu dan bertakwa matlamat diri
untuk terus berbakti

Kami memegang ikrar dan juga janji
cintakan ilmu agar kami berjaya
membawa bersama panji kemegahan
menara gading jadi wawasan

**chorus**
Namamu disanjung tinggi
tempat tumpahnya nasib kami
bersama guru dikasihi
bentuk generasi bervisi

SMK Seri Paka megah dihati
teguh berdiri ia menabur bakti
bersama doa dan restu ilahi
bimbinglah kami meniti hari

GALERI






SMK Paka

SPG 8:16 PG 0

Mungkin tidak keterlaluan jika SMK Paka dikatakan sebagai sekolah menengah yang paling menyerlah di Paka.  Ini adalah kerana sekolah ini merupakan sekolah menengah pertama dibina di Paka (1978) diasaskan oleh Tn.Hj Ismail Haitami b. Salleh bekas ADUN Paka. 

Sebelum itu cuma ada 3 sekolah menengah di Daerah Dungun iaitu:
  • Sekolah Inggeris Dungun (sekarang SM Sultan Omar)
  • SMK Tengku Intan Zaharah 
  • Sekolah Arab Dungun (sekarang SM(A) Sultan Ismail
Kini sekolah ini mempunyai kira-kira 1000 orang murid ekoran daripada pengecilan jumlah pelajar sekolah dengan penubuhan beberapa sekolah lain yang berdekatan.


Logo Sekolah

Visi Sekolah  : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi Sekolah : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Slogan            : EXCELLENCE FOR ALL




Lagu Sekolah

SMKP ku maju terus maju,
Kuserah jiwa ragaku,
Ilmu, amal, dan juga bakti,
Teguh tersemat di hati,

Kecemerlangan menjadi amalan,
Dalam segala lapangan,
Kejayaan kebahagiaan,
Pasti jadi kenyataan,

Ilmu yang dikendong,
Amanah yang dijunjung,
Kujanji tak persia,
Demi ibu pertiwi,
Kujanjikan kukota,
Baktimu SMKP,

Padamu guru, ayah juga ibu,
Akan kusanjung selalu,
Cita harapan kita semua,
Azam teguh membara,
Pada Tuhan yang Maha Suci,
Rahmati SMKP ( 3 x ).

Pencipta Lagu : En. Ali Mohamad (1999)
Lirik : En. Ali Mohamad dan Pn. Kartina Kasbi
 

Sukan Olahraga
Sekolah ini telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang, antara yang paling menyerlah ialah sukan dimana hampir saban tahun menjadi juara MSSD Dungun. Bekas pelari negara Nazmizan Mohamad juga adalah hasil didikan SMK Paka. Acara sukan diungguli hasil kerja keras yang di asaskan oleh guru sukan Cikgu Roslan Ahmad (1990-2015/bersara).

Kawad
Bidang lain yang dikuasai ialah kawad kaki dimana sekolah beberapa kali menjadi juara kawad dalam pelbagai kategori di peringkat daerah dan negeri. Di peringkat kebangsaan pencapaian terbaik ialah Naib Johan Kebangsaan 2007 (NGO Wanita), dan ke-4 2009 (KRS Puteri). Acara kawad kaki mula menyerlah hasil inisiatif Cikgu Ali Mohamad (1995-2009) dengan penubuhan KRS bermula 1996.