Fikriya Fashion

SPG 10:47 PTG

Fikriya Fashion dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'Kedai Jamal'. Kedai ni terletak di deret bangunan antara Pusat Kesihatan Besar Paka dan SRJK (Cina) Chee Mong bersebelahan Kedai Elektrik Ten To Ten. 

KAIN

Kedai ini agak unik kerana 'basic' nya kedai kain, tetapi turut menjual uniform seragam badan berunifrm sekolah dan kosmetik. Terdapat pelbagai jenis kain yang dijual seperti kain ela, kain pasang, baju kurung, jubah wanita dan lelaki, tudung dan sebagainya.





UNIFORM

Selain itu turut dijual uniform lengkap dengan aksesori untuk unit Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, Pengakap, PBSM, Pandu dan Tunas Puteri dan Puteri Islam. Selain itu dijual juga aksesori PDRM, ATM, RELA, JPAM, Polis Bantuan dan securiti. Di sini juga ada dijual vest dan tali leher, selain menerima tempahan vest pengawas/sekolah bersulam, tali leher sekolah dan IPT, lencana tenun dan khemah serta aksesori perkhemahan.







KOSMETIK

Bahagian kosmetik pula dimiliki oleh Cun Beauty Solution (Cik Norhayati Aziz), menjual pelbagai jenis kosmetik dan ubatan terutama daripada jenama D'herbs.





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
Unknown
AUTHOR
20 Oktober 2020 pada 11:12 PG delete

tak ada no untuk call ke

Reply
avatar