Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Coolblog Paka

SPG 2:15 PTG 0

Coolblog Paka. Mungkin anda pernah dengar nama Coolblog. Coolblog adalah kiosk seperti francais, bertemakan warna pink dan terdapat di seluruh negara, terutama di bandar-bandar dan gedung membeli-belah. Pelbagai jenis menu ada disediakan. 

Coolblog ni seperti ice blended. Kita buat pilihan sendiri berdasarkan citarasa kita. Jika nak top up dengan pearl atau jelly beritahu semasa order. Sedikit tambahan harga dikenakan.

Penyediaan minuman sangat bersih dan kemas. Jelly atau pearl akan dimasukkan terlebih dahuluke dalam bekas, di blend kemudian diseal. Bekasnya istimewa kerana tak mudah tumpah.

Antara perisa yang banyak tarik perhatian pembeli

  • Ice blended pink guava.
  • Ice blended honeydew
  • Ice blended chocolate
  • Ice blended blue coral
  • Volcano Milk Tea
  • Oreo Smoothies blog
  • Strawberry Yogurt with Grass jelly
  • Cendol blog
  • ABC blog



INFO COOLBLOG PAKA


Coolblog Shoplot Paka 
Alamat: 15104 Jalan Besar, Kg Cacar, 23100 Paka, Terengganu.
Open : 10.00 a.m - 10.00p.m
(Pada bulan puasa -  4.00p.m hingga 10.00pm)













  • Steamboat Seri - Pantai Paka

    SPG 7:39 PTG 0
    Steamboat Seri - Pantai Paka. Jika anda ke hujung jalan pantai Paka menghala ke Kerteh iaitu bersebelahan Chalet Gelombang Pantai kita akan terjumpa sebuah gerai menjual steamboat. Gerai ini dimiliki dan diurus oleh Pn. Seri Herdawati, 

    Semasa berkunjung ke gerai beliau saya dapati ramai pelanggan di situ, ada yang berhenti dengan kereta dan ada yang datang selepas berjalan-jalan di pantai. Jangan lupa kalau ingin makan steamboat yang sedap dapatkan daripada Pn. Seri Herdawati di "hujung Pantai Paka".




    Ini dia..pelbagai jenis steamboat disediakan untuk dinikmati oleh pengunjung.


     
     Chalet Gelombang Pantai di sebelah lokasi niaga Pn. Seri

    Pemandangan Pantai di hadapan premis. 
    Ramai yang menikmati angin petang di sini

    Warung Jambu Golok Corner, Paka

    SPG 8:42 PG 0

    Warung Jambu Golok Corner, Paka mungkin tidak asing di kalangan penduduk tempatan mahu pun pekerja sektor petroleum di sini. Kedai ini menyediakan berbagai juadah makanan pagi dan tengahari daripada kuih-muih hinggalah ke lauk-pauk. Tarikan utama Warung Jambu Golok Corner ni ialah nasi sup kambing dan nasi kari kambing. Harganya berpatutan, cuma RM8.00 satu hidangan.







    Warung Jambu Golok Corner 
    Simpang Empat Jalan Taman Uda Paka Terengganu 
    Contact : 0199559406 Pak Daud 
    Makan pagi dan tengahari 
    Waktu niaga : 7.00 am-- 4.00 pm


    Menu Istimewa...ni dia.









    Warung Mokcik Pantai Paka

    SPG 6:42 PG 0

    Warung Mokcik a.k.a Perniagaan Cinta Hati Julie. Pantai Paka merupakan tempat popular untuk menikmati pemandangan laut dan pantai di kalangan penduduk Paka mahupun pelawat. Selain pantai yang berpasir putih, salah satu tarikan pantai Paka ialah deretan warung yang menyediakan pelbagai juadah makanan, terutama makanan petang.

    Makan sambil menikmati suasana pantai

    Di antara warung yang menarik perhatian ialah Warung Mokcik a.k.a Perniagaan Cinta Hati Julie.  Warung ini menyediakan pelbagai juadah makanan yang enak. Jom kita lihat apa yang ada di sini.
    Alamat : Pesisir Pantai Paka
    No Telefon : 019-569 2720
    COD pun buat

    Menu Makanan
    Tengahari
    • Nasi berlauk 
    • Baung masak tempoyak
    Sampingan 
    • Mee kari 
    • Laksa penang 
    • Mee/bihun sup 
    • Nasi air
    Petang
    • Lempeng nyoir 
    • Roti bakar 
    • keropok lekor 
    • Karipap 
    • Kentang goreng




    DPAKA GORPIS - Goreng Pisang Cheese

    SPG 5:18 PTG 0

    D'PAKA GORPIS Warung Goreng Pisang Cheese di Paka. 'Gorpis' (singkatan goreng pisang) walaupun namanya agak janggal tetapi ia mempunyai keunikannya tersendiri, seunik namanya. Mungkin warung ini satu-satunya di Paka yang menyediakan juadah 'goreng pisang cheese'. (kalau saya silap bagi tau kat komen di bawah).



    Warung ini terletak di Jalan Duku. Berikut pelan lokasinya..






    OK, kita lihat pula menu dan harganya. Menarik bukan? Marilah pakat rasa hasil inovasi warga Paka :)