Sungai Paka dan Sejarah Perkembangan Penduduk

SPG 5:17 PG 6

Paka pada awalnya hanyalah sebuah pekan lama yang kecil, dengan jumlah penduduk cuma beberapa ribu orang. Kampung-kampung pula cuma terdapat tak sampai 100 keluarga. Saya masih ingat pada zaman kanak-kanak ,solat Jumaat di masjid-masjid kampung selain kuala Paka kena bilang orang dulu. Cukup tak 40 orang. Penduduk dan pembangunan Paka bertmbah secara mendadak bermula kira-kira tahun 1985 dengan pembukaan industri petroleum di sempadan Paka-Kerteh.

Seingat saya sekitar tahun 70an jalanraya begitu lengang, dalam 10 minit sekali baru ada kenderaan lalu. Kalau berbasikal (kenderaan utama masa itu) dari Air Hitam ke Paka kita cuma dapat melihat sedikit rumah-rumah di Kg. Nyiur, Wakaf Hijau (Pinang Merah), Tebing Tembah (selepas simpang SK Tebing Tembah ke jambatan Paka tiada rumah) dan di Kuala Paka (selepas area Pusat Niaga Paka ke Kerteh tiada rumah). Nama popular di Paka ketika itu Panggung Wayang Pok Man, Klinik Paka (Pusat Kesihatan) di Pantai Paka, Kedai Aduka di tapak balai polis Paka sekarang, Balai Polis Paka menghadap ke jalan raya, pasar, kedai Pok Gi, kedai Cina Kemaman, kedai Mokhtar bersebelahan pasar lama (Hj. Mokhtar Paka) dsb.




SUNGAI PAKA

Sungai Paka adalah sungai ke-2 terbesar dan terpanjang di daerah Dungun, selepas Sungai Dungun. Kalau Sungai Dungun bermula dari Banjaran Pantai Timur iaitu di Pasir Raja, Sungai Paka pula hulunya di Hulu Kongsi. Perkembangan penduduk Paka peringkat awal memang dipengaruhi oleh sungai, di mana penduduk membina petempatan di sepanjang sungai


Mungkin generasi muda kurang biasa dengan Hulu Kongsi. Mengikut informasi yang saya dapat daripada orang-orang lama di Paka, Hulu Kongsi terletak di Durian Mas sekarang. Dahulunya Hulu Kongsi dikenali sebagai tempat perlombongan bijih timah. Ia didiami oleh penduduk asal kebanyakan yang berpangkal nama 'Che Wan'. Kemudian didatangi oleh para pelombong pendatang Cina dan sebahagian orang Melayu dari sekitar Paka.



PENDUDUK AWAL

Kuala Paka pada mulanya didiami oleh orang-orang Melayu yang mata pencariannya menangkap ikan. Kampung-kampung lama di Paka ialah Kuala Paka, Tebing Tembah, Pinang Merah dan Kampung Nyiur. Setelah itu muncul pula petempatan yang lebih baru kerana penduduk mencari kawasan tambahan terutama untuk disesuaikan dengan pilihan kerja seharian iaitu pertanian - Kg. Santong dan Kg. Durian Mentangau (dulu dikenali sebagai 'Kawasan').

Mengikut sumber penempatan kaum Cina di Kuala Paka bermula dengan peniaga-peniaga dari China (Hokkien). Mereka mendiami kawasan kuala dan berniaga di situ generasi demi generasi. Generasi lama Melayu memberitahu mereka bersifat lembut, peramah dan ber'asimilisasi' dengan baik dengan masyarakat Melayu. Mereka tahu selok-belok adat istiadat Melayu, pandai bercakap loghat tempatan (kalau tutup muka kita tak tahu Cina atau Melayu), tahu dan gemar membaca surat khabar jawi malah ada yang 'bersunat'. Cuma yang tidak ditinggalkan ialah cara berpakaian.

" Catatan yang paling sempurna telah ditulis oleh Wang Tayuan dalam dua naskah bukunya bernama "Dau Yi Zhi Lue" (Catatan Tentang Pulau-Pulau Lama) dan "Dau Yi Zhi"  (Catatan Tambahan Tentang Pulau-Pulau Luar). Pada ketika itu, Wang Tayuan adalah seorang pemuda yang minat mengembara. Beliau telah dua kali pergi keluar Negara selama 18 tahun, dan dia mencatat banyak perkara yang dilihat sepanjang perjalanannya. Negara-negara yang dilawati ialah Semenanjung Melayu, Filipina, Borneo, Jawa, Sumatera, India, Parsi, Laut Merah dan Afrika Timur. Negara-negara yang dia jelajahi pada masa itu adalah lebih daripada 220 buah negara. Antaranya Wu-Zi-Ba (Melaka), Tamalin (Tembeling), Peng-Heng (Pahang), Ci-Lan-Tan (Kelantan), Ting-Jia-Lu (Terengganu), Fo-Lo-Ann (Kuala Berang), Pai-Jia (Paka) dan lain-lain." SUMBER

"Orang Hailam Cina yang berhijrah ke sini semenjak 180 tahun dahulu dan bertempat di Dungun, Paka, Kerteh, Kemasik, Kemaman, Jabor, Marang, Batu Rakit, Merang, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh begitu juga dengan Cina Hokkien, Kanton, Hakka, Tie Chius yang lebih awal menerokai tanah berhampiran kawasan sungai untuk menanam pokok getah di seluruh Negeri dari Utara hingga Selatan sepanjang 240 kilometer.
Dari segi perlombongan, semenjak awal abad ke - 19, Kaum Cina mengambil bahagian sebagai pemborong kepada pengusaha Inggeris. Ramai pekerja Cina yang mahir dalam perlombongan dan membuka lombong Bijih Timah di Kampung Kongsi di Ulu Paka, Bukit Bandi, Pasir Semut, Kampung Dadong, Kampung Sungai Kuah di Kawasan Hulu Sungai Kemaman."
 SUMBER

Di Kg. Tebing Tembah pula terkenal dengan orang-orang 'Rengit', iaitu orang-orang Melayu yang mendiami kampung lama Tebing Tembah berhadapan dengan pekan Kuala Paka. Nama Rengit mungkin diambil daripada perbukitan berdekatan dimana sebahagian mereka bercucuk tanam.


PEKERJAAN

Dari segi kegiatan ekonomi (pekerjaan penduduk) pekerjaan utama peringkat awal adalah nelayan dan petani. Pertanian utama yang dijalankan ketika itu ialah getah dan padi (padi huma). Di kawasan yang agak rendah bermula dari Tebing Tembah hingga ke Durian Mentangau terdapat banyak padi huma ditanam dan boleh dilihat sepanjang jalan raya. Demikian juga Santong mempunyai kawasan tanaman padi yang luas.

Bermula dari sekitar Tunas Manja sekarang hingga ke penghujung kawasan loji minyak dekat Kerteh pula terdapat ladang kelapa yang dikatakan terbesar ketika itu, kepunyaan orang Inggeris. Sebab itulah kalau kita perhatikan sepanjang perjalanan tu ada saki baki pokok kelapa. Nama ladangnya ialah Ladang Nyior Matel. Ejaan sebenar 'Matel" saya tak pasti kerana hanya cerita mulut orang tua.

Sekitar tahun-tahun 1960 variasi pekerjaan penduduk bertambah dengan pembukaan kilang-kilang papan di Tebing Tembah dan di Kg. Cacar (di seberang masjid Hadhari sekarang). Di tapak janakuasa elektrik TNB dibina sebuah kilang memproses kayu mega dengan kerjasama syarikat Australia dan kerajaan (tak pasti negeri atau persekutuan) dengan nama Austasia Timber. Kilang ini memproses kayu untuk dieksport ke negara-negara sejuk terutama Australia. Kayu-kayu dari kilang-kilang kayu dibawa ke sini untuk dikukus (kiln) dan dikumal (mould). Selain itu lebih awal ramai penduduk Paka berkerja di lombong bijih besi di Bukit Besi.



Sekian untuk kali ini, akan bersambung - 
Ps - Sekadar berkongsi pengalaman. Kalau ada komen, pembetulan atau tambahan rujukan daripada generasi lama sila komen di bawah untuk perkongsian kita bersama. Penulis juga amat berharap kepada sesiapa yang masih menyimpan gambar-gambar lama sekitar Paka untuk dikongsikan demi memperbanyakkan khazanah sejarah Paka kita.


Rujukan
  • Allahyarham Ayah Ngah Dayang
  • Ayah Su Jusoh (Pinang Merah)
  • Allahyarham Ayah Ngah Limbong


CRC - Community And Recreation Club Paka

SPG 9:05 PG 0

Jika kita melalui sepanjang jalan pantai Paka pada waktu petang terutamanya kita pasti akan terlihat aktiviti menunggang kenderaan ATV. Berbagai peringkat orang yang datang mencuba daripada pelbagai usia, jantina dan kaum.

Menunggang ATV adalah sebahagian daripada aktiviti CRC Paka. Apa CRC ye?


CRC TRG ATAU COMMUNITY AND RECREATION CLUB ATAU NAMA PENUHNYA IALAH KELAB KOMUNITI DAN REKREASI TERENGGANU, TELAH DIASASKAN OLEH SAUDARA AFANDI BIN HJ. MOHAMED. 
MISI penubuhan CRC adalah untuk menjadikan komuniti kepolisian dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum dan tidak mengira pangkat ataupun kedudukan demi menjadikan masyarakat ceria dan bebas dari gejala sosial dan dadah.
TUJUAN CRC ditubuhkan adalah untuk memastikan kerja-kerja yang terlibat dengan komuniti setempat, negeri Terengganu amnya dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan teratur berdasarkan keperluan dan akta yang diperuntukkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  ( Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan - Peraturan Pertubuhan 1984 )
CRC PAKA adalah cawangan daripada CRC TERENGGANU. Kelab ini mempunyai ramai sekali ahli, terutama daripada Paka. CRC PAKA menjalan pelbagai aktiviti seperti:

Kepada orang ramai:
  • Sewaan ATV
  • Sewaan bot
  • Kerja-kerja amal

Kepada ahli pula terdapat:
Jom kita lihat info CRC Terengganu dalam bentuk galeri.


GALERI CRC














Steamboat Seri - Pantai Paka

SPG 7:39 PTG 0
Steamboat Seri - Pantai Paka. Jika anda ke hujung jalan pantai Paka menghala ke Kerteh iaitu bersebelahan Chalet Gelombang Pantai kita akan terjumpa sebuah gerai menjual steamboat. Gerai ini dimiliki dan diurus oleh Pn. Seri Herdawati, 

Semasa berkunjung ke gerai beliau saya dapati ramai pelanggan di situ, ada yang berhenti dengan kereta dan ada yang datang selepas berjalan-jalan di pantai. Jangan lupa kalau ingin makan steamboat yang sedap dapatkan daripada Pn. Seri Herdawati di "hujung Pantai Paka".




Ini dia..pelbagai jenis steamboat disediakan untuk dinikmati oleh pengunjung.


 
 Chalet Gelombang Pantai di sebelah lokasi niaga Pn. Seri

Pemandangan Pantai di hadapan premis. 
Ramai yang menikmati angin petang di sini

Hotel Dalyla Inn Paka

SPG 6:17 PTG 2
Hotel Dalyla Inn, Paka terletak di Jalan Besar Paka. Hotel ini agak kemas dan berada di lokasi yang sangat strategik - 3 minit ke pusat pekan Paka dan 16 km ke Kerteh.

Hotel ini mempunyai bilik-bilik dan lobby yang cantik dan kemas, Ia dikelilingi oleh kedai-kedai makanan panas (termasuk Restoran Baeriyani di sebelahnya), jarak berjalan kaki ke pantai Paka menjadikan hotel ini pilihan yang sesuai jika anda ke Paka.

Kadar sewa pula cukup berpatutan dan ekonomi :
  • Bilik katil queen RM90 
  • Bilik 2 katil supersingle RM120

Info Hotel Dalyla Inn Paka
  • No. Telefon hotel   : 09-8270855
  • Kedudukan GPS     : 4.622242, 103.441879
  • Facebook                 : DALYLA INN
  • Kemudahan             : Wifi, Astro, Peti sejuk



GALERI














Warung Jambu Golok Corner, Paka

SPG 8:42 PG 0

Warung Jambu Golok Corner, Paka mungkin tidak asing di kalangan penduduk tempatan mahu pun pekerja sektor petroleum di sini. Kedai ini menyediakan berbagai juadah makanan pagi dan tengahari daripada kuih-muih hinggalah ke lauk-pauk. Tarikan utama Warung Jambu Golok Corner ni ialah nasi sup kambing dan nasi kari kambing. Harganya berpatutan, cuma RM8.00 satu hidangan.







Warung Jambu Golok Corner 
Simpang Empat Jalan Taman Uda Paka Terengganu 
Contact : 0199559406 Pak Daud 
Makan pagi dan tengahari 
Waktu niaga : 7.00 am-- 4.00 pm


Menu Istimewa...ni dia.









SMK Seri Paka, Paka, Terengganu

SPG 6:38 PTG 0


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka atau nama ringkasnya SMK Seri Paka, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Paka, Paka, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka memiliki 390 pelajar lelaki dan 297 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 687 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.


INFO
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka
Paka, Paka, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon : 6098274978
Fax : 6098272933
Laman Web : http://smk-seripaka.blogspot.comFB Page : Sekolah-Menengah-Kebangsaan-Seri-Paka

Visi      : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi     : Membangun Potensi Individi Melalui Pendidikan Berkualiti
Moto   : Bervisi dan Bertaqwa

LENCANA SEKOLAH



LAGU SEKOLAH

Smk seri paka sekolah kami
menjadi destinasi pilihan hati
berilmu dan bertakwa matlamat diri
untuk terus berbakti

Kami memegang ikrar dan juga janji
cintakan ilmu agar kami berjaya
membawa bersama panji kemegahan
menara gading jadi wawasan

**chorus**
Namamu disanjung tinggi
tempat tumpahnya nasib kami
bersama guru dikasihi
bentuk generasi bervisi

SMK Seri Paka megah dihati
teguh berdiri ia menabur bakti
bersama doa dan restu ilahi
bimbinglah kami meniti hari

GALERI






Warung Mokcik Pantai Paka

SPG 6:42 PG 0

Warung Mokcik a.k.a Perniagaan Cinta Hati Julie. Pantai Paka merupakan tempat popular untuk menikmati pemandangan laut dan pantai di kalangan penduduk Paka mahupun pelawat. Selain pantai yang berpasir putih, salah satu tarikan pantai Paka ialah deretan warung yang menyediakan pelbagai juadah makanan, terutama makanan petang.

Makan sambil menikmati suasana pantai

Di antara warung yang menarik perhatian ialah Warung Mokcik a.k.a Perniagaan Cinta Hati Julie.  Warung ini menyediakan pelbagai juadah makanan yang enak. Jom kita lihat apa yang ada di sini.
Alamat : Pesisir Pantai Paka
No Telefon : 019-569 2720
COD pun buat

Menu Makanan
Tengahari
  • Nasi berlauk 
  • Baung masak tempoyak
Sampingan 
  • Mee kari 
  • Laksa penang 
  • Mee/bihun sup 
  • Nasi air
Petang
  • Lempeng nyoir 
  • Roti bakar 
  • keropok lekor 
  • Karipap 
  • Kentang goreng